Hai ,selamat petang ,opps malam .
Ya ,dinner sudah lepas .Haha
Okie dah dah .
Post teristimewa untuk Hari Kemerdekaan yang ke-53 Negara Malaysia .
Yeah ,berbangga dan berbahagialah anda jika anda tergolong sebagai rakyat Malaysia.
Sesungguhnya betapa bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia kerana dapat menghirup dan mendiami negara Malaysia yang aman dan makmur ini .*chewah ayat BM power gila kot haha
Aku sebenarnya nak mengingatkan kepada semua ya ,semua lah tak kira warna kulit kau ke ,hidung ke ,status ke ,apa-apa je lah bahawa kita adalah rakyat Malaysia .Sudah menjadi tanggungjawab kita lah untuk terus mempertahankan negara kita ini .Jangan disebabkan kita leka dengan segala kemajuan dan kemerdekaan yang telah dikecapi ,kita lupa akan tanggungjawab kita itu sendiri untuk mempertahankan tanah air tecinta ini .Kau ingat mudah ke pejuang -pejuang dahulu kala memerdekakan negara kita ni ?ingat macam kau korek hidung je ke ?oppss terlepas :D
Hah semalam aku tengok cerita ni ,1957 Hati Malaya .Cerita ni baru beberapa tahun lepas kan ditayangkan .Ya lah ,aku baru tengok kat TV2 .Tu pun kejap je sebab terdorong untuk tengok Chori Chori Chupke Chupke dekat Zee.Aha jangan marah ya .Tapi tengok kejap pun dapat point jugak .Aku dapat tengok betapa susahnya orang -orang Melayu dulu nak dapatkan kemerdekaan .Memang lah tu lakonan je ,tapi yang sebenarnya mungkin lebih mencabar kot kan .Haa .Betapa orang putih tu berusaha tak nak bagi kemerdekaan kat kita ni cepat-cepat ,ade je alasan dia .Okey dah aku membebel panjang berjela-jela macam kereta api dari Wakaf Che Yeh ke Johor *mak aii jauhnyaa
So ,kawan-kawan sekalian .Hayatilah kemerdekaan ini sepenuhnya .Jangan sebab perbuatan kita ,kelak negara yang merana .Fikir-fikirkan lah .*ade bakat jadi cikgu Sejarah tak ?hihi
Hargailah segala yang mereka telah usahakan demi kita .
Merdeka !Merdeka !Merdeka !
2 comments:
AWW, Syu, gano tinggal gambar PM ke 5 tu? Pak Lah xdop ehh? :P
Hahaha ,xingt la rinee .shh wak xtahu sdh laaa :P
Post a Comment