Monday, August 30, 2010

Manusia DURJANA

Keratan akhbar Metro :

 

Bayi dalam beg kertas



2010/08/30
SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam.
MALANG...anggota polis memeriksa seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang ditemui dibuang dalam sebuah beg, petang semalam.
MALANG...anggota polis memeriksa seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang ditemui dibuang dalam sebuah beg, petang semalam.
Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan sehelai kain sebelum diletakkan dalam sebuah beg kertas.

Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan terdengar tangisan bayi sebelum menemui bayi berkenaan dalam sebuah beg kertas yang digantung pada satu papan tanda berhampiran pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata bayi dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia itu masih bertali pusat dan uri belum tanggal ketika ditemui.

Katanya, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada seorang lelaki bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
“Kami percaya bayi ini baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam lalu,” katanya di sini, semalam.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. 



Apa nak jadi dengan orang Melayu sekarang ha ?Korang memang tak tahu malu ke ?

Buat anak suka lah ,tapi bila lahir buang je tahu .
Apa kejadahnya manusia macam korang nih .
Banyak betul orang jahat sekarang ,

Dunia oh dunia

JANGAN MALU-MALU NAK TEKAN :D

2 comments:

-luqman- said...

rasanya pembuangan anak sudah menjadi hobi.
mungkinkah itu sebabnya ada kes setiap hari?
pabila sudah melakukan kesalahan, hendak pula melarikan diri.
sama-samalah kita bermuahasabah diri agar terhindar daripada perkara sebegini.
masyallah..

Nursyuhada said...

ya betul .Manusia zaman sekarang memang perangai lebih teruk macam binatang .Itu tandanya dunia nak dekat denagn kiamat .sma-sma lah kita muhasabah diri ya