Menggigil ,tapi puas hati .
Lenguh -lenguh badan ,tapi mulut tersenyum-senyum .
haha GILA :p
wehee ,baru balik makan angin la doe .
Sekali lagi ke mana lagi ,bos* nak bawak pergi makan angin tempat dekat-dekat jea .Cameron Highlands -dah dua kali pergi ,dua kali tu jugak la aku rasa nak pergi untuk kali yang ketiga pulak *apa engkau merapu ni?Anyway ,suka weh .Boleh jugak nak rasa macam mana orang Eropah rasa yang tak akan aku rasa kalau aku tak pergi sana ;kesejukan :)
Kelmarin pergi ,hari ni balik ,letih siot .
Mujurlah esok -Khamis ,sekolah aku cuti .Fuhh masa-masa ni lah aku sayang dengan sekolah aku :P
Masa mula-mula sampai kelmarin ,abah aku cakap dia sewa rumah sebab senang nak bergerak -gerak kan ,so kami pun pergi la cari rumah yang telah disewa .Wooo tak sangka la rumah tu memang di luar jangkaan dan kotak fikiran aku ,lebih dari rumah aku ,haha takde lah .tapi memang memuaskan hatilah .Rumah dua tingkat ,empat bilik -tandas setiap satu ,dapur lengkap ,ruang tamu serba boleh dan ruang yang cukup untuk famili aku yang besar .Dah la harga dia pun berpatutan ,jauh berbeza dengan hotel yang harga pun sama jea .
Okey ,sesampai tu aku keluar kereta ,aku terus terbersin .Woi sejuk gilaa ,tu dah pakai dua lapis baju ,sebab hujan kot ,tu pun rintik-rintik jea .Lepas habis keluarkan barang-barang ,aku pergi chop bilik ,yay aku dapat bilik sorang-sorang !Haha .Gedik la kau .Then tukar baju kemas barang semua ,pergi cari maggi yang beli masa otw tadi ,Laparrrrrrrrrrr :(
Abah kata malam baru kita keluar ,dia tidur .Okey aku paham ,letih yea .Start masak maggi .Pakat terliur ,okey kita makan sama-sama .Slurp slurp ,sedap nya makan maggi panas-panas masa sejuk-sejuk ni kan .Muaha .
Malam tu pergi makan kat kedai orang Kelantan ,okey ramai betul Mat saleh -mat saleh yang singgah makan kat situ .Wow mata aku terpaut kat sorang Mat saleh kacak ,bagi aku lah sebab adik aku kata macam orang tak betul .Haha okey my taste is different ,so what?Tapi dia ada awek ,cun pulak tu ,banyak kali jugak aku try amik gmba dia tapi selalu dihalang org lalu lalang ,ish kacau daun betol lah.Takpelah ,Romeo yang sorang ni pun dh cukup:D
Kat sebelah kedai makan tu ada kedai kecik-kecik yang jual barang-barang cun ,untuk pelancong la .Mak aku dah tunjuk signal kat abah aku ,haha Jom membeli !Tempat perama yang aku serbu adalah yang jual selendang tu .cunnnnnnnnnnnnnnnn tapi yang aku suka tu 20ringgit .haiyooo
Okey aku beli yang satu 10ringgit ,dua 15 ringgit ,haha jimat doe .
Budak-budak kecik semua tu beli keychain ngan baju ,aku pulak ;malam tu rasa macam xberminat nak beli lagi barang-barang macam tu .Lepas tu balik ,Letih pulak badan ,tapi dan lagi main game dulu .Haha gedikk .
Keesokannya pulak ,hari ni lah ,pagi pagi lagi mak aku yang paling bersemangat ni !haha aku dikejutkan suruh mandi .Okey mandi dalam kesejukan menggigil-gigil walaupun mandi air panas tahap tinggi .First time aku tengok bulu kaki aku mencancang kat betis tu,Wow
Lokasi utama kami adalah ke sebuah kedai jual bunga dan cenderamata yang sangat besttttttttt !
aku suka pergi situ sebab banyak jual kaktus kiut .Apa lagi ,aku sambar kaktus tu untuk kawan-kawan baik aku .
jangan hirau model tak malu dua orang tu ;comel tak kaktus -kaktus tu?:)
yang ni untuk hiasan kat rumah ,kat mereka saya beli yang lain :D
cuba teka tu sape?HAHA
nak sangat beli yang ni tapi mak tak bagi ,tak boleh hidup kat Kelantan :(
Hoi ,HAHAHAHHA
Wow ,I love it !
Como estas? :D
Dan seterusnya pergi kat kedai sayuran ,beli sayur -sayur segar .Tomato ,asparagus,kulat ,salad dan kubis.
Lepas tu terus bertolak balik ,dalam pukul 2 rasanya .Letih gila tapi gembira tak terkata .hoi gedik nya ,HAHA
Atas kereta tu penuh dengan sayuran dan buahan macam pasar pulak ,duduk pun berhimpit-himpit puih .
Gedik laaa
Nak jugak ada HAHA .
No comments:
Post a Comment