Sunday, March 28, 2010

Mushroom Soup for Soul

Bangun pagi -pagi ,biar terlewat pun asal niat betul; Nak Pergi Tusyen ADDMATH .
Okey ,siap kelam -kabut then makan chakui sebatang,err ada penjodoh bilangan ke chakui ?hmm hentam sajalah -.-

Then teruskan niat yang suci murni tu ,wow! HAHA ,On the way tu lalu la kat sebuah kedai baiki kereta .Kedai cina lah ,biasala orang Melayu kan tak ramai berniaga .No komen .Nak komen lepas ni .
Lepas tu ,berhenti betul-betul depan kedai kereta tu sebab lampu merah dah .Okey aku gelabah sebab dah lewat ni .So pusing kiri kanan ;tangan tak habis-habis tekan punat telepon ,paham -paham je la*gediknya kau .
So aku terpandang la kedai kereta tu ,okey begini ceritanya.Tauke dia kan Cina ,so duduk isap rokok atas kerusi pandang sekeliling tengok orang kot .Lepas tu aku terpandang sorang budak Melayu duduk bercangkung sambil baiki motor kat depan dia .Kat sebelah dia pun budak Melayu buat benda yang sama.Faham tak apa yang aku nak bagi tahu ni ?Ni ke fanomena masyarakat kita hari ni ?Orang Melayu jadi kuli je ?Tak nak maju ke wahai saudara dan saudariku sekalian ?Rasa berpuashati dah kalau dah ada kerja ?Bukan ak kata apa ,tapi rasa terkilan sgt dgn apa yg aku tengok tu .Jangan ingat aku nk melaga-lagakan org Melayu ngan Cina .

Bila orang kita nak maju kalau asyik nak bekerja bawah orang dan tak nak berusaha ke arah yg lebih baik .Bukan tu je contoh yg aku pernah tengok ,banyak lagi .Kalau kedai makan oarang Cina yang orang Melayu pun boleh pergi makan ,mesti org Melayu yg jadi pelayan .Orang Cina duduk tunggu kat kaunter sambil kira duit .Haih ...

Orang Melayu kita sekarang dah hanyut dengan keseronokan dunia .Ye lah baru sekarang terkena kejutan budaya .Baru merasai budaya baru yg dah lama orang-orang Barat lalui .Program realiti TV yang semakin bertambah-tambah macam cendawan tumbuh lepas hujan.Apa nak jadilah .Remaja-remaja pulak menjadikan artis-artis tersebut sebagai ikon ,ada ke patut?Ish ish ish ..

Generasi Mat-mat Repit Keparat pun semakin bertambah .Tambah-tambah lg dgn adanya filem-filem yg seakn-akan menggalakkan aktiviti ni .Ni ke cara nak lahirkan Modal Insan Kelas Pertama?Okey dah dah .Letih la kalau aku nk lontarkan semua yg aku rasa tak betul sekarang ni ,biar korang semua sedar sendiri .

Bukan nak tunjuk pandai tapi nak suruh diri sendiri insaf ,apa salahnya dorong org lain jugak kan ?kan ?

JANGAN MALU-MALU NAK TEKAN :D

No comments: